Pengendali Makanan

Pengendali makanan adalah orang yang terlibat secara lansung dalam menyediakan makanan, menyentuh makanan atau permukaan yang menyentuh makanan dan mengendalikan yang berbungkus atau tidak berbungkus atau perkakas.
Oleh itu, kesihatan pengendali makanan amat penting dalam penghasilan makanan. Pengendali makanan yang sakit boleh menyebarkan penyakit bawaan makanan.
Sebelum mengendalikan makanan , pengendali makanan perlu memastikan dirinya sihat dan tidak mengalami gejala seperti sakit perut atau cirit-birit sebagai langkah pencegahan.

Kursus Latihan Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan adalah diwajibkan mendapat latihan pengendali makanan daripada Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Pemeriksaan perubatan dan keadaan kesihatan pengendali makanan

Wajib untuk semua pengendali makanan. Pengendali makanan tidak boleh bekerja di premis makanan sekiranya menghidap atau pembawa penyakit makanan.

Pakaian Pengendali Makanan

Semua pengendali makanan yang mengendalikan makanan, bahan pembungkus makanan serta peralatan secara terus hendaklah sentiasa berpakaian yang sesuai dan bersih. Ini bertujuan untuk mengelakkan berlakunya pencemaran ke atas makanan

Contoh Pakaian Perlindungan

Kebersihan Diri

Semua pengendali makanan perlu memastikan dirinya dalam keadaan bersih di sepanjang masa mengendalikan makanan. Ini termasuklah :

1. Mengekalkan kebersihan diri pada tahap yang tinggi termasuklah menyimpan kuku yang pendek dan bersih.

2. Menanggalkan baju luar atau penutup kepala atau apron sebelum ke tandas.

3. Membasuh tangan sebelum memulakan kerja, sebaik selepas menggunakan tandas dan selepas mengendalikan bahan makanan mentah atau apa-apa bahan yang tercemar.

4. Tidak melakukan apa-apa kelakuan atau tindakan yang boleh menyebabkan pencemaran makanan.

5. Tidak meletakkan apa-apa barang di dalam poket mana-mana pakaian atau apron yang boleh menyumbangkan kepada apa-apa pencemaran makanan.

6. Tidak memakai perhiasan diri seperti jam , pin atau aksesori yang lain.

Amalan-Amalan Yang Perlu Dielakkan

Selain daripada itu :

1. Menyentuh muka dan rambut.

2. Memakai pakaian seragam yang kotor.

3. Kuku panjang.

4. Memakai perhiasan.

5. Tidak memakai perlindung rambut.

6. Gula-Gula getah. ( chewing gum )

7. Makan dalam persediaan makanan dan kawasan simpanan .

8. Tidak mandi.

9. Merokok.

7 Kaedah Cuci Tangan

Bilakah perlu mencuci tangan?

1. Menyentuh badan, muka , bersin dan pakaian.

2. Menggunakan tandas.

3. Makan , minum dan merokok.

4. Mengendalikan peralatan atau peralatan kotor.

5. Mengendalikan makanan mentah.

6. Mengendalikan sampah.

7. Akitviti lain yang mencemari sarung tangan anda.

Pengendali makanan diwajibkan untuk mengambil suntikan anti-tifoid.
Individu termasuk kakitangan penyelenggaraan dalaman yang melawat seseorang atau sesuatu tempat.

Pelawat – pelawat yang memasuki kawasan pemprosesan dan pengendalian makanan hendaklah memakai pakaian pelindung mengikut kesesuaian dan mematuhi peraturan kebersihan individu yang ditetapkan.

Leave a comment